7 research outputs found

    Strategi dan Faktor Mempengaruhi Perlaksanaan Etika Kerja Islam (EKI): Kajian Kes di JCorp

    Get PDF
    Etika kerja merupakan salah satu isu penting dalam pengurusan organisasi. Pencapaian organisasi banyak dipengaruhi oleh etika kerja yang diamalkan oleh para pegawai dan pekerjanya. Islam sebagai agama yang lengkap memberikan garis panduan yang menyeluruh tentang etika kerja yang sepatutnya diamalkan dalam sesebuah organisasi. Objektif kajian ini ialah mengkaji perlaksanaan amalan Etika Kerja Islam (EKI) di JCorp, dengan memberi tumpuan kepada strategi perlaksanaan dan faktor yang mempengaruhi amalan EKI tersebut. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan sebuah kajian kes, iaitu JCorp. Interview separa-struktur telah dijalankan terhadap 15 orang interviewee yang terdiri daripada pengurusan tertinggi dan para eksekutif JCorp. Data dianalisa dengan menggunakan kaedah pembinaan tema, iaitu mengenalpasti tema berkenaan dengan strategi perlaksanaan dan faktor yang mempengaruhi perlaksanaan etika kerja Islam di JCorp Hasil kajian menunjukkan pihak pengurusan JCorp menggunakan 5 strategi untuk melaksanakan etika kerja Islam iaitu pengenalan, implementasi, penilaian, pengekalan dan pemantauan, dan penambahbaikan berterusan. Manakala faktor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan etika kerja Islam ialah persekitaran kerja, ganjaran dan kebajikan warga kerja, pemantauan terhadap aspek disiplin, ketelusan, amalan beragama dan komunikasi

    Analisa Eksistensi Gharar Terhadap Perlaksanaan Pembiayaan Peribadi Tawarruq

    No full text

    Kajian kes perlaksanaan etika kerja Islam (EKI) di Johor Corporation (JCorp): tumpuan kepada perlaksanaan dan faedahnya

    Get PDF
    Literatur menunjukkan bahawa etika kerja merupakan isu penting yang mempengaruhi pengurusan dan prestasi organisasi. Artikel ini bertujuan mengkaji etika kerja Islam yang dilaksanakan di JCorp. Artikel ini juga bertujuan untuk mengkaji faedah-faedah yang diterima hasil daripada perlaksanaan etika kerja Islam di JCorp. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan JCorp sebagai kajian kes. Temubual separastruktur digunakan sebagai kaedah pungutan data yang utama, yang kemudiannya disokong oleh kaedah pungutan data dengan meneliti kepada dokumen-dokumen berkaitan. Para pengurus tertinggi dan eksekutif (pegawai) JCorp telah ditemubual untuk mendapatkan maklumat tentang perlaksanaan etika kerja Islam di JCorp dan faedah-faedah yang diperolehi daripadanya. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tujuh amalan etika kerja Islam yang dilaksanakan oleh warga kerja JCorp iaitu bekerja sebagai ibadah kepada Allah SWT, disiplin, amanah, syura, adil, islah (penambahbaikan berterusan) dan bersungguh-sungguh. Perlaksanaan etika kerja Islam yang berkesan turut memberikan faedah yang signifikan sama ada kepada warga kerja JCorp, kepada organisasi JCorp itu sendiri dan kepada masyarakat. Antara faedahnya ialah lahirnya warga kerja yang menunjukkan komitmen kerja yang tinggi, peluang kenaikan pangkat, kadar pekerja berhenti yang rendah dan warga kerja berpengalaman yang setia. Faedah lain ialah JCorp mampu melaksanakan tanggungjawab sosialnya secara aktif, termasuklah program Klinik Waqaf An-Nur. Perlaksanaan etika kerja Islam juga membantu JCorp menjana keuntungan perniagaan yang tinggi, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Johor dan negara. Kajian ini membuktikan bahawa dengan kerjasama pihak pengurusan dan para pekerja, etika kerja Islam berjaya dilaksanakan di JCorp. Hasil atau dapatan daripada kajian ini boleh dijadikan panduan kepada para pengurus dalam usaha mereka untuk melaksanakan etika kerja Islam secara efektif
    corecore